Kawan...benarkah
kita sedang berkawan
betulkah
kita tak pernah berlawan
serasikah
kita dalam berkawan
tuluskah
kita dalam berkawan
Kawan....
pinta ku...
jangan aku ditinggalkan
rayuku..
usah aku kau lupakan..hatiku..
sukar aku.. untukku.. kau ku lepaskan
tangisku..
bukan kau yang aku hindarkan
Kawan...
biar
kering air dikali
biar
hujan membanjiri bumi
biar
panas sepanjang hari
biar
ribut meredah alam
Kawan...kau...
masih kawan yang macam semalam
kau...
masih tercatat dihati seperti semalam
kau...
masih diingatan... sentiasa diingatan...
Kawan....
hampir
sepurnama kita berkawan....
adakah
sepurnama juga kita dijalinan 'kawan'
Kawan....
aku...
tak mampu untuk berlari mengejarmu
aku...
hanya mampu untuk sama berlari denganmu
aku...
tahu aku tak mungkin kehilanganmu
aku...
tak tahu adakah kau akan kehilangku....
Kawan...terima
kasih... kerana kita pernah berkawanterima
kasih... sebab kita masih berkawan
myzzover
posted at
4:41:47 pm